Monday 4 September 2017

Sesungguhnya Wanita Pendampingmu Sangatlah luar Biasa! Lelaki Harus Tau Ini!

Hai , |
Wanita , hebatnya seorang wanita hinggakan seluruh dunia merayakannya… Seorang wanita ketika mendapat info kehamilannya , hatinya sarat dengan kegembiraan hinggakan dia menitiskan air mata.

Tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa proses bersalin itu sendiri boleh menuntut nyawanya. Apa yang dia tahu , dia bakal membawa keturunannya yang lucu ke alam dunia.

Wanita , hebatnya dia tidak pernah mengeluh walaupun saban pagi dia muntah-muntah hinggakan badannya kehilangan segala kudratnya.

Sesungguhnya Wanita Pendampingmu Sangatlah luar Biasa! Lelaki Harus Tau Ini!


Dia bisa tersenyum mengenangkan zuriatnya sedang membesar di dalam rahimnya yang hanya sebesar buah pear.

Tidak pernah timbul gentar di hatinya memikirkan mampukah rahimnya yang sebesar buah pear menanggung zuriatnya.

Wanita , hebatnya dia di ketika dia mula mencicipi kesakitan hendak bersalin hatinya tidak gentar walau secubit pun. Tidak pernah terfikir nyawanya mungkin menjadi galang ganti. Apa yang dia mahu , zuriatnya lahir dalam keadaan sihat.

"Wanita , hebatnya dia bisa menahan kesakitan sehingga 57 Del ketika hendak melahirkan anak (bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak). Sedangkan sekuat mana pun insan itu hanya bisa menahan sampai 45 Del sahaja."

Apa yang selalu kita dengar perihal wanita?

- Wanita tercipta dari rusuk lelaki.
- Wanita itu sayap kiri lelaki.
- Wanita berhati lembut dan kuat emosi.
- Wanita itu kaum yang lemah.

Sumber:

0 comments:

Post a Comment